skpbbp.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BINGAN
PARIT BINGAN, PARIT RAJA Tel : 074545337, Faks : 074545337
e-mel : skpbbp@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | SEJARAH | PANORAMA | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

SEJARAH SEKOLAH





Sekolah Kebangsaan Parit Bingan terletak di Kampung Parit Bingan, Parit Raja, Batu Pahat. Johor, kira-kira 35 km. dari bandar Batu Pahat. Nama sekolah ini diambil dari nama orang yang membuka kampung tersebut iaitu Wak Bingan.

Sekolah ini mula dibuka pada 25 September 1958 dengan murid seramai  64 orang di bawah  kepimpinan En. Mohd Salleh Bin Arshad sebagai guru besar pertama.. Ketika itu hanya terdapat sebuah sebuah bangunan sekolah yang berukuran 24m X 7 m, beratapkan daun rumbia dan berdindingkan buluh. 

Pada awal tahun 1959, bilangan murid bertambah melebihi 100 orang.Memandangkan bangunan yang sempit kurang selesa,penduduk kampung bergotong-royong memindahkan kedudukan bangunan sekolah menjadikannya selari dengan jalanraya  utama.

Pada 10 Januari  1960, dua orang guru sementara mula bertugas di sekolah ini. Pada tarikh ini juga sekolah ini mula berlantaikan simen yang diusahakan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.Pada 23 Disember 1960, sebuah bangunan sekolah tambahan telah dibina. 

Pada 1 Mac 1962, jumlah murid telah bertambah kepada 135 orang. Ketika ini seramai 7 orang guru mengajar di sini. Bilangan kelas juga bertambah menjadi enam kelas   dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pada 5  Januari   1968, bilangan murid bertambah kepada 224 orang dengan 9 orang guru tetap berkelulusan TUOS dan DTC.


Pada awal Jun 1981 SK. Parit Bingan telah dinaikkan taraf dengan mendapat bangunan baru  2 tingkat. Bngunan ini mengandungi  6 buah bilik darjah, perpustakaan, bilik guru, pejabat, dan kantin. 

Pada 1 April , En Sabar Bin Rabani mula berkhidmat di sekolah ini menggantikan En. Salleh Bin Arshad selaku guru besaryang bertukar ke SK. Seri Telok pada 15 Januari 1978.  En Sabar Bin Rabani   telah berkhidmat di sekolah ini sehingga  beliau bersara pada  tahun 1994. Beliau telah diganti oleh En. Azeman Bin Esa yang mula berkhidmat pada 16 Mei 1994. Kemudian Tuan Haji Hassan Bin Timin pula menggantikan En. Azeman BIn Esa yang berpindah ke  Sekolah Kebangsaan Bukit Waha, Kota Tinggi sehingga kini. Kemudian SK Parit Bingan diterajui pula oleh Tuan Hj. Mohdi Jailani b. Hasan Tami sehingga ke tahun 2009.

Kini, En Shahabudin Bin Ishak menerajui SK Parit Bingan  dan dibantu oleh 21 orang guru dan 6 orang staf sokongan. Dengan sokongan masyarakat setempat dan PIBG yang dipimpin oleh Tuan Hj. Bukhari b. Abd Rahman, SKPB menyusun strategi untuk menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2015.

 

 

 

 

 

 










Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: